SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak pukul 10 pagi tadi masih belum dirasmikan dengan anggota Dewan bertikam lidah sehingga mencetuskan kekecohan. Speaker V. Sivakumar yang memasuki DUN mengumumkan beberapa ketetapan mesyuarat sebelum sidang dirasmikan Raja Nazrin, lapor langsung G Manimaran untuk Malaysiakini.
Antara ketetapan itu ialah memecat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang telah digantug dari memasuki DUN. Turut digantung ialah tiga ADUN Bebas yang telah keluar parti masing-masing dan dikatakan telah meletakkan jawatan.
Katanya ia selaras dengan ketetapan sidang bawah pokok 3 Mac lalu. Di sebalik kekecohan itu anggota BN pula mengadakan sidang mereka dengan meluluskan usul memecat Sivakumar dan digantikan dengan wakil BN.
Wakil BN itu, Datuk R Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengenakan jubah Speaker dan mengangkat sumpah. Beberapa minit kemudian, beliau 'mempengerusikan' sidang DUN dengan meluluskan usul membatalkan ketetapan sidang 3 Mac.
Selepas kecoh lebih hampir 70 minit suasana Dewan tenang mulai 11.16 pagi. Bagaimanapun Sivakumar berkata, beliau tidak akan membenarkan sidang diteruskan selagi 10 anggota terbabit keluar Dewan.
Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong.
Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan. Setakat 11.50 pagi, sementara Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja suasana DUN masih kelihatan tenang.
BERITA TERDAHULU
SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak sebentar lagi menjadi kecoh apabila Speaker DUN, V Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.
Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang). Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.
Sementara kekecohan berlaku, Raja Nazrin berada di dalam kamar diraja sementara menanti untuk merasmikan sidang Dewan. Sivakumar yang masuk ke Dewan pada pukul 10 pagi tadi berkata, beliau mahu menetapkan beberapa perkara sebelum sidang Dewan dirasmikan.
Antara ketetapan itu adalah mengarahkan Dr Zambry dan enam Exco serta tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan. Bagaimanapun, 10 ADUN itu enggan berganjak dari tempat duduk masing-masing.
"Saya mahu 10 ADUN ini keluar dengan serta merta. Saya minta Bentara mengarahkan mereka keluar," katanya.
Kira-kira pukul 10.20 pagi, Dr Zambry bangun membacakan usul memecat Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas denagn mengangkat tangan. Bagaimanapun, Sivakumar berkata, ADUN yang telah digantung (Zambry) tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.
"Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan