KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 07, 2009

Sivakumar muncul tersenyum, Presiden PAS sifatkan BN angkuh, tidak hormat Perlembagaan Negara

PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini.

"Saya ditahan polis di sebuah bilik dekat sini hampir sejam. Saya cuma ditahan," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau turut disoal siasat oleh polis, Sivakumar berkata, "tidak."


SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat, yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi dan diangkut keluar oleh polis, kembali muncul sebaik sahaja sesi perasmian Dewan berakhir.

Beliau kelihatan tenang dan senyum ketika memasuki DUN kira-kira pukul 4.20 petang. Kemunculan Sivakumar selepas ditahan di sebuah bilik dalam DUN disambut oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain. Ketika ditemui pada sidang media bersama Nizar, Sivakumar berkata, beliau telah dilepaskan selepas ditahan kira-kira sejam oleh polis.

"Saya ditahan polis di sebuah bilik dekat sini hampir sejam. Saya cuma ditahan," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau turut disoal siasat oleh polis, Sivakumar berkata, "tidak." Pada sidang media itu, Nizar berkata, Pakatan Rakyat masih menganggap Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Sementara itu, PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini. Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada media melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya. BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Tiada ulasan: