"Kalau Profesional Itu Ulama', Silakan!" - Begitulah ulasan spontan Ustaz Zolkharnain Abidin dalam melangsungkan polemiknya tentang isu panas menjelang pemilihan agung PAS, Jun depan. Beberapa postingnya telah saya apungkan dalam blog ini untuk telaah para pengunding budiman, sekalipun anda dari kawanan politik yang berbeda. Ikuti kupasan beliau tentang kenyataan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan kisah terbaru "ulama perofesional"!:
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan. - (mSTAR – Isnin, 4 Mei 2009)
Kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa hanya ulama’ profesional yang layak memegang dua jawatan tertinggi dalam Pas difahami memberi beberapa signal.
Sekali imbas kenyataan itu meletakkan konsep kepimpinan ulama yang bersemangatkan Presiden dan Timbalan Presiden daripada kalangan ulama’ tidak perlu dibangkitkan, bahkan kenyataan ini turut mencabar para ulama’.
Dapat difahami, ulama’ profesional bukan bermaksud ulama’ jurutera, ulama’ farmasis, ulama’ doktor, ulama’ lawyer atau profesion profesional yang lain, tetapi bermaksud ulama’ yang berfikiran dan berktrampilan profesional.
Signal-signal itu ialah;
Pertama – Itulah keputusan yang bakal dibuat oleh Majlis Syura Ulama’ pada 10 Mei akan datang. Mesyuarat tersebut dijangka akan memperincikan alasan-alasan keputusan itu, juga kriteria ulama’ yang layak menduduki kerusi berkenaan. Walau pun penakrifan ulama’ telah sedia termaktub di dalam perlembagaan Pas, namun suara Majlis Syura Ulama’ dalam menafsirkan klausa tersebut bakal memperkukuhkan konsep ‘kepimpinan ulama’.
Kedua – MB Kelantan itu tidak mahu jawatan Timbalan Presdien dipertandingkan. Kalau dipertandingkan juga, biarlah antara sesama ulama’. Ini pernah berlaku pada sesi lepas apabila Harun Taib bersaing dengan Nasharuddin. Ini juga bermaksud Husam Musa, Mohamad Sabu dan Hassan Ali lebih manis tidak bersaing untuk jawatan itu.
Ketiga – Bila Tok Guru menyebut ulama’ profesional, maknanya ada ulama’ yang tidak profesional yakni ‘ulama’ sahafiyyah’. Ulama’ yang hanya tahu dan pandai baca kitab dan berteori tetapi tidak pandai menterjemahkan kandungan kitab itu dalam realiti perjuangan jamaah. Ulama’ sebegini tentunya ramai dan mereka tetap diperlukan untuk tugasan tertentu. Namun untuk berada di dua kerusi tertinggi Pas ulama berkenaan hendaklah ‘ulama’ harakiah’.
Keempat – Kenyataan itu menggambarkan Tok Guru, Majlis Syura Ulama’ dan Pas sendiri mengiktiraf dan memerlukan profesional. Bukan semua perkara mampu ditangani oleh para ulama’. Sukar wujud di negara ini individu seperti Mustafa Masyhur atau Qadi Hussain yang terdidik secara langsung dan tersusun dalam dua aliran pengkhususan iaitu pangajian Syariah dan pengajian profesional. Maka, gabungan dua kelompok berlainan pengkhususan ini di dalam Pas menjadikan Pas istimewa berbanding parti lain.
Kelima – Tok Guru juga bermaksud bahawa profesional juga boleh berada di dua kerusi berkenaan dengan syarat dia juga adalah ulama’ atau ‘profesional ulama’. Yakni, profesional yang menguasai bidangnya dan dalam masa yang sama mempunyai keupayaan untuk memahami sumber-sumber dan kaedah-kaedah penentuan hukum menurut syarak. Dan dengan syarat, sumber-sumber dan kaedah-kaedah tersebut difahami berdasarkan disiplin ilmu bukan sekadar menghafaz istilahnya sahaja.
Justeru, sebagaimana ulama’ yang tidak profesional tidak layak menduduki dua kerusi itu maka, profesional yang tidak ulama’ juga tidak layak mendudukinya. Lantas, ungkapan yang Tok Guru gunakan ialah ulama’ profesional yang dari segi semangatnya serupa sahaja dengan profesional ulama’.
Mengapa Tok Guru menyebut "ulama profesional" dan tidak "profesional ulama"?
Realitinya, melahir dan menampilkan ulama’ profesional lebih mudah berbanding profesional ulama’. Kerana, untuk menjadi ulama’ seseorang bukan sekadar perlu memiliki sekeping kertas yang mengiktiraf pencapaian akademiknya tetapi perlu juga membuktikan kewibawaan ilmunya.
Dan, membuktikan kewibawaan ilmu itu bukan sekadar dengan kuliah Subuh atau kuliah Dhuha, tetapi keupayaan menampilkan penguasaan ilmu untuk merungkai serta menyimpul persoalan-persoalan yang halus dan rumit. Kalau setakat kuliah Subuh atau Dhuha, tidak perlu sangat kepada ulama’. Pendek kata, ulama' tersebut alim dan faqih.
Mudahnya begini, melahirkan Nik Abdul Aziz Husam (ulama’ profesional) lebih mudah berbanding melahirkan Husam Nik Abdul Aziz (profesional ulama’). Atau, melahirkan Azizan Razak Mohamad Sabu (ulama' profesional) lebih mudah berbanding melahirkan Mohamad Sabu Azizan Razak (profesional ulama'). Atau, melahirkan Harun Taib Hasan Ali (ulama' profesional) lebih mudah berbanding melahirkan Hasan Ali Harun Taib (profesional ulama'.
Oleh itu, kalau Husam mampu menjadi Nik Abdul Aziz atau Mohamad Sabu mampu menjadi Azizan Razak, atau Hasan Ali mampu menjadi Harun Taib, ayuh, silakan bertanding. Kerana, apabila mereka adalah profesional ulama', mereka juga sebenarnya adalah ulama' profesional.
3 ulasan:
Apa le sengkek sangat idea dia. Ust Nasa tu macam TG ke? Atau macam Harun Din? Atau setidak-tidaknya macam Harun Taib?
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Cumanya siapa yang terik untik PAS sekarang?
Pas bukan parti untuk ustaz, lebai dan ulamak sahaja. Tetapi PAS FOR ALL adalah untuk diperjaungkan Islam itu oleh orang lain juga yakni golongan profesional baru lah tak namapk jumud .
Bahkan yg dikatakan Kepemimpinan Ulanak itu sudah ada Majls Syura Ulamak ( Mursudul Am) dan Dewan Ulamak . Takkanlah No 1 dan No 2 Dimistikan WAJIB ulamak.
Di era sekarang sudah calun pas org bukan Islam dan sudah ada Kelab Penyokong PAS . Era akan datang munbgkin Bukan boleh jadi ahli bersekutu jika sampai masa nya nanti keahlian mereka mencapai satu juta.
Di sinilah letaknay dinamika Islam yg pesat berkembang.
Apa salahnya di satu hari nanti Presiden dan Timbalan Presiden Profesional yg beriman dan bijaksana kerna mereka tidak bisa rosakkan hala tuju PAS justeru kerna Majlis Pengawal yakni Majlis syura adalah Badan yg tertinggi di dalam PAS.
Oleh itu PAS buktikan dirinya pada massa dan dunia sebagai PARTI ISLAM CONTOH.
Sekadar iktibar: Lihat Mahmuid Ahmadinijad bukan ulamak teapi bisa jadi Prrsiden Iran tetapi hala tuju Negara Islam tidak terjejas kerna Majlis yg tertinggi Negara di ketua oleh Ayatullah Ali Khammeini sebagai Pe,mimpin spiritual (Mursidul Am/Kalifah).
Maka buka lah minda jangan taksup dan jumud . Ulamk pun tak perlu gusar jika ada persaingan kerna itu pertanda baik golongan profesional berada ada Islam ( Pas)
Alla Hu Akbar!
Nash Ar-Rawy/ 05.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
Ntah...nasharuddin tu sama taraf dengan siapa?. Ntah apa2. ajak professional join Pas tapi takat join je. Agak2nya la, siapalah orang yang boleh mengantikan TGNA nanti atau pun mmg takde?.
Catat Ulasan