Sivakumar diheret oleh segerombalan orang seperti "gengster" keluar dewan dan "menculiknya" sehingga titah ucapan Raja Nazrin selesai dan Dun tamat
Beberapa ADUN Pakatan Rakyat yang diketahui oleh Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim membuat laporan polis terhadap "malapetaka" yang berlaku pada sidang DUN semalam, 7 Mei 2009. Demikian kata Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam blognya.
Dalam kejadian semalam, segerombolan orang yang tidak dikenali dengan berpakaian kemas menyerbu DUN dengan lagak samseng dan kasar, mereka telah mengheret Speaker DUN Perak dan melarikan Sivakumar ke suatu tempat yang tidak diketahui.
Mereka juga dakwanya, turut mengkasari beberapa ADUN Pakatan Rakyat sehingga koyak baju, kesakitan dan sebagainya.
Laporan polis dibuat di IPD, Ipoh jam 11.00 pagi tadi. Sebelum itu, sidang akhbar diadakan di Pejabat DAP kira-kira jam 10.00 pagi ini. Pihak PR juga sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap perlantikan Speaker baru yang tidak sah dan haram itu.

1 ulasan:
Adun Titi Serong laporan polis terhadap "malapetaka" yang berlaku pada sidang DUN semalam, 7 Mei 2009...?
Boleh kah rakyat mengharapkan perkhidmatan yang telus dari pasukan polis yang dilihat sebagai polis parti UMNO-BN..?
Sungguh sedih dan sungguh lucu... lari dari mulut harimau masuk pula kandang harimau. Malapetaka yang berlaku dalam dewan tempoh hari didalangi juga anggota polis yang identitinya dirahsiakan.
Catat Ulasan