Speaker yang sah, V Sivakumar diangkut keluar dewan setelah beliau enggan memulakan sidang dan BN bersidang dalam sidang untuk menurunkan Siva dan menabalkan R Genasan sebagai Speaker yang baru
KRISIS politik di Perak bukan salah perlembagaan. Sebaliknya, ia kerana perlembagaan dilanggar dari segi peruntukan dan semangatnya. Demikian ditegaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari di Putrajaya Rabu lalu pada forum bertajuk "Dewan Perundangan, Eksekutif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan itu", lapor Tarmizi Mohd Jam dari Putrajaya.
Pakar perlembagaan itu berkata penyelesaian di Perak bergantung kepada komitmen terhadap perlembagaan.
Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau membuat kejutan apabila mengatakan tindakan Barisan Nasional salah dari mula lagi dan Tuanku Sultan tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar.
Beberapa minggu lalu, Mahathir berkata sebaliknya. Ini juga berubah dari awal Februari lalu apabila bekas Perdana Menteri keempat itu berkata tindakan Barisan di Perak itu adalah salah.
Dalam hujahnya, Aziz berkata kerajaan yang memerintah - baik di pusat mahu pun di negeri - adalah milik dewan. Ini kerana, jelas Aziz, ketua kerajaan berkenaan dilantik berdasarkan sokongan majoriti yang dimilikinya.
Beliau berkata adalah salah dan tidak wajar apabila seorang menteri besar mendakwa bahawa dirinya dilantik oleh Sultan. Aziz seterusnya berkata prinsip itu turut menjadi tunjang kepada konsep kabinet yang diwajibkan bertanggungjawab kepada dewan.
"Oleh sebab itu tidak timbul soal konvensyen sebagaimana di Britain kerana di Malaysia prinsip kabinet ini telah menjadi undang-undang - yakni Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan - dan bukan lagi sekadar konvensyen," tambahnya.
Seorang lagi panelis, Tricia Yeoh, berkata perkhidmatan awam perlu bebas dari politik dan tidak boleh engkar kepada perintah kerajaan yang memerintah. Beliau yang merupakan pegawai penyelidik kepada Menteri Besar Selangor berkata prinsip federalisme yang dikandung oleh perlembagaan perlu dihormati. Sebelum itu, Mahathir mengakui bahawa parti-parti dalam Pakatan bukan lagi "pembangkang kerana mereka telah memerintah negeri-negeri berkenaan".
Seorang lagi panelis, Alif Benjamin Suhaimi, yang merupakan wakil pelajar undang-undang UiTM, berpendapat perlembagaan tidak menjadi masalah. Beliau optimis terhadap masa depan negara kerana perlembagaan itu cukup baik dan tidak perlu direformasikan.
Sewaktu soal jawab Aziz menjelaskan tidak ada undang-undang yang boleh dibuat untuk menyekat pilihan raya kecil kerana ia adalah ketetapan perlembagaan. Sementara itu Tricia Yeoh berpendapat pilihan raya senat perlu diadakan kerana ada peruntukan berkenaan dalam perlembagaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan