DEWAN Muslimat Pas Pusat berpendirian bahawa kepimpinan parti tidak semestinya diterajui ulama walaupun ia menjadi tradisi parti tersebut. Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata kepada Sinar Harian, apa yang penting mereka yang dipilih untuk menerajui kepimpinan, khususnya dua peringkat teratas perlu memahami perjuangan parti serta mempunyai pengetahuan agama yang luas.
“Dalam perlembagaan Pas sendiri, kita tidak menetapkan bahawa pemimpin mesti diterajui oleh ulama, siapa sahaja boleh memegangnya,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kecenderungan sayap dan kepimpinan Pas yang dilihat mahu mengekalkan dua jawatan utama kepada individu yang berteraskan ulama.
Bagaimanapun Nuridah berkata, pendekatan yang diambil Pas sekarang dengan mengekalkan kepimpinan ulama adalah kerana mahu melihat parti tersebut terus berada dalam landasan yang betul dalam memperjuangkan agenda parti. Beliau berkata, dalam keadaan kini, adalah penting pucuk pimpinan parti yang dipilih sama ada dari profesional mahupun ulama dapat memahami perjuangan yang dibawa Pas.
“Mereka haruslah memahami hala tuju parti, jika ulama yang naik, individu tersebut mestilah yang berwibawa, Pas tidak akan menjadi parti yang utama sekiranya ulama yang naik tanpa mempunyai kredibiliti yang tinggi,” katanya.
Nuridah berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli parti untuk memilih pemimpin berkelayakan khususnya bagi pertandingan jawatan timbalan presiden parti.
“Saya ada dengar pelbagai kenyataan yang mahukan ulama dikekalkan, itu adalah pendapat, tetapi bagi saya perlembagaan tidak pernah menetapkan perkara tersebut, itu adalah jelas,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai prestasi Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan tidak mencapai hasrat yang diinginkan, Nuridah berkata, Ahli Parlimen Bachok itu perlu melipat gandakan usaha jika kembali dipilih. Mengakui terdapat suara-suara tidak berpuas hati dengan prestasi Nasharuddin, Nuridah berkata, setiap orang mempunyai peluang memperbaiki kelemahan.
“Muslimat tidak bermasalah menyokong siapa sahaja, jika Ustaz Nasha dipilih kita juga menyokong, tetapi beliau perlu lebih kerja kuat,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan