KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 07, 2009

Tohmahan: Husam terus "berpuasa" tapi akan terbitkan buku penjelasan dan sedia bersemuka secara dalaman parti



NAIB Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan menulis sebuah buku bagi menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya sejak kebelakangan ini untuk diedarkan sebelum muktamar tahunan parti itu bulan depan.

Beliau berkata, buku kecil itu juga akan mengandungi catatan mengenai beberapa individu dari dalam dan luar Pas bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu isu.

"Saya sedang menulis sebuah buku kecil untuk jelaskan beberapa tuduhan dan jangan ada mana-mana pihak rasa tersinggung jika nama mereka dicatatkan nanti. Saya duduk dalam Pas Kelantan dan dalam kerajaan negeri ini sejak 1990, saya tahu dalam dan luarnya. Mungkin selepas atau sebelum muktamar buku ini diedarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi dan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai peringkat pimpinan parti itu tentang pencalonannya sebagai Timbalan Presiden Pas. Baru-baru ini, Husam membayangkan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden parti itu sekiranya keraguan tentang hala tuju perjuangan terutama melibatkan 'hubungan sulit' Pas-UMNO tidak dijelaskan.

Beberapa tokoh lain turut menawarkan diri, namun Dewan Ulama Pas menegaskan jawatan nombor satu dan dua parti itu mesti disandang golongan ulama bagi memastikan parti itu tidak lari daripada perjuangan Islam.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan membidas golongan pro-Anwar dalam Pas yang hanya menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa kerana mencadangkan kerajaan perpaduan.

Ekoran itu juga, Husam mengambil pendekatan untuk 'berpuasa' daripada bercakap kepada media mengenai perkembangan yang berlaku dalam parti itu. Beliau mengakui sememangnya mempunyai 'ilham' untuk bertanding, namun apa yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah menjaga perpaduan parti.

Mengulas saranan sinis Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan yang meminta beliau bertanding jawatan presiden, Husam berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan dalam perjumpaan parti itu sahaja.

"Saya sudah sebut dengan media, saya 'berpuasa' tetapi untuk penjelasan dalam parti, saya bersedia, jadi untuk Nasruddin, kalau dia bersedia, saya bersedia untuk jumpa dia, saya ada maklumat untuk disampaikan kepadanya. Kalau mahu jumpa dalaman, boleh, tetapi tidak payahlah kita pergi kepada media untuk memberikan penjelasan," katanya.

2 ulasan:

Abu Razeen 2 berkata...

TERBUKTI graduan universiti terbuka TGNA lebih matang, lebih BERADAP, dan lebih besar jiwanya( "klu mahu jumpa dalaman, boleh") dr graduan tanta.

Syabas YB Husam.

Tanpa Nama berkata...

Saya harap graduan Tanta berani bersemuka dengan Graduan TGNA. Jangan buat alasan yang bukan bukan le.
Dengan UMNO kelihatan graduan tanta tak bagi syarat, tapi dengan satu jemaah, pasal apa kena syarat.
Berani le sikit ?bakal KP.