KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mei 20, 2009

Maaf, tak dapat update sanggahtoksago selama empat hari kerana diserang demam!

Jumaat, 15 Mei lalu, pada sebelah petang, saya mulai terasa panas badan. Menjelang jam 5.00 hidung mulai selsema dan kerap bersin. Hari itu deadline Harakah Bil 1439. Hampir jam 6.30 petang, badan saya lenguh-lenguh, seluruh sendi terasa berbisa sekali.

Beberapa anak kecil saya, memijak seluruh badan, kaki dan tangan. Ada yang melompat-lompat kerana berat badan mereka langsung tidak terasa dek badan saya. Selepas Maghrib, setelah minum ubat batuk, dua biji ubat demam dan sebiji ubat selsema, yang diperolehi dari sebuah klinik swasta, ubat kepunyaan isteri saya, kira-kira 15 minit saya terlelap.

Jam 9.20 malam saya terjaga. Badan berpeluh dan terus menuju ke Pejabat Harakah. Akhbar Harakah mesti disiapkan juga malam itu untuk edisi Isnin lepas. Ahmad Lutfi Othman pula ketika itu, sedang bergumpal dengan penyakit anaknya, Shafiq yang dijangkiti demam denggi di Hospital Pandan. Masih di ICU lagi malam itu.

Jadi terpaksa, saya tidak boleh bercuti. Harakah dapat disempurnakan kira-kira jam 4.20 pagi. Saya pulang ke rumah dan keesokan harinya hingga semalam, Selasa 19 Mei, demam dan terus demam. Selsema, batuk-batuk dan lenguh-lenguh sendi. Pagi tadi, Rabu, baru terasa kebah sedikit. Yang jelas, bukan diserang "Selsema Babi" seperti yang dihebohkan. Barangkali, "selsema siput babi" jer, sebagai peringatan Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Maaf, kerana tidak dapat mengupdate blog sanggahtoksago ini selama empat hari. Sedangkan pelbagai cerita menarik menggodam lanskap politik kita. Insya-allah, saya cuba kemaskinikan. Terima kasih atas sokongan dan dokongan anda semua.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Semoga tuan diberkati lagi dirahmati Allah dan agar kesihatan tuan sentiasa baik. Saya sentiasa mengikuti blog tuan & berharap tuan dapat terus menghebahkan berita terkini lagi sahih dari pihak PAS.

Mohon perkenan tuan untuk melayari
http://bebaskanmereka.blogspot.com

(usaha membebaskan seorang 2 lagi tahanan ISA) dengan perkenan Pakatan Rakyat sendiri. Mohon sampai sebarang respon tuan untuk usaha kami yang berkenaan.

Terima kasih.

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Terima kasih atas dokongan sdra Hanz_Azdi. Perjunagan untuk membebaskan tahanan ISA adalah tangungjawab bersama.

Bukan membebaskan mereka saja, malah membebaskan negara tercinta ini dari akta kejam, rimba dan zalim ISA itu dari terus bertapak di negara ini.

Teruskan perjuangan, jangan jemu dan jangan undur. Wassalam.