KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 11, 2009

MEMALUKAN NEGARA: Tidak terjadi di negara lain polis cabul dewan, tapi Speaker Sivakumar diusung keluar

Di Dewan Undangan Negeri Perak.... Speaker diusung, diheret keluar dewan dan dikurung dalam setor!

Di Parlimen Turki...

Di Parlimen Russia...

Di Parlimen Maxico...

Di Parlimen Italy...

Di Parlimen India...

Orang kampung saya, Abdul Rahman Hashim menulis begini pada blognya locengwangsa tentang apa yang tercetus di Dun Perak 7 Mei lalu. Sebagai pemimpin Umno, Abdul Rahman ada pendapat sendiri tentang hal yang memalukan negara itu:

Di negara-negara lain termasuk negara INDIA berlaku juga kekecohan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Di kalangan Wakil Rakyat mereka ada juga yang bertumbuk, bergasak dan tolak menolak sesama sendiri apabila isu yang diperdebatkan menjadi semakin hangat, tetapi tidak pernah pula kedengaran perlunya campur tangan pihak polis untuk memasuki dewan sehingga imej dewan dicemari dengan beberapa tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis terhadap wakil-wakil rakyat tertentu yang sedang menjalankan sidang di dewan tersebut.

Namun begitu insiden yang memalukan itu telah berlaku di negara Malaysia yang telah mencatatkan rekod pencemaran terhadap 'Perdana Menteri 1Malaysia' di mana wakil rakyat (Barisan Nasional) boleh membawa masuk anggota polis (SB) untuk membelasah wakil-wakil rakyat pihak lawan dengan mengheret dan mengusung Speaker yang sedang menjalankan tugasnya di Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei lalu.

Speaker yang masih sah di sisi undang-undang telah diusung keluar bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. Semuanya ini dilakukan oleh 'pelaku dan pelaga' yang berjenama UMNO iaitu parti yang saya anuti sejak dahulu lagi.

Penguasa-penguasa parti ini bukan sahaja kelihatan rakus ketika merampas kuasa dahulu, malah mereka juga telah menampilkan suatu pementasan yang tidak melambangkan demokrasi tulen setelah mereka sendiri mencipta satu babak sumbang (18SX) apabila melantik seorang speaker yang baru di hadapan speaker yang masih tertonggok duduk di kerusinya di dalam dewan. Rantaian anggota polis yang berada di dalam dewan terpaksa disuraikan setelah Nizar memohon perkenan Raja Nazrin supaya anggota-anggota polis itu diperintahkan keluar dari dewan.

Biar pun usul undi tidak percaya terhadap speaker telah dihalang oleh speaker yang bertugas, namun tindakan melantik seorang lagi speaker ketika dewan sedang bersidang bukanlah satu teladan yang baik untuk dipratontonkan kepada rakyat, dan sudah tentulah babak sumbang ini tidak boleh dijadikan rujukan terbaik untuk pelajar-pelajar sekolah yang mahukan fakta demokrasi tulen di negara ini dalam subjek sejarah yang dipelajari.

Jika fakta ini diambil, sama jugalah kita mendorong mereka melakukan pencerobohan terhadap Guru Besar sekolah yang mereka tidak sukai dengan mengangkat pula seorang guru kanan yang lain menjadi Guru Besar yang baru. Keengganan Guru Besar yang tidak lagi dipercayai itu mengosongkan kerusinya akan menyebabkan kerusinya diusung keluar oleh sepasukan polis yang dikonspirasikan untuk menghina seorang guru besar.

Mungkinkah ini kurikulum baru terbaik tajaan UMNO untuk diikuti oleh generasi muda hari ini? Jika benar andaian ini, memang jelaslah UMNO bakal diusung keluar dalam PRU13 nanti seperti yang telah mereka lakukan terhadap Sivakumar pada 7 Mei 2009.

Sebagai pengikut rejim UMNO sejak dulu hingga kini, saya merasakan inilah rekod terburuk yang julung kali dilakukan oleh UMNO ketika hendak mengembalikan semula takhtanya yang sudah dirobohkan oleh rakyat dalam PRU12 yang lalu. Saya sendiri terasa dihina apabila parti ini semakin dipersendakan akibat 'kong kalikong' ciptaan kita sendiri.

1 ulasan:

TurkeyKini berkata...

Gunakan Web ini untuk Download Video Youtube

http://www.youtube2u.net/