SIDANG Dun 7 Mei di Ipoh, sekali lagi mencatat sejarah hitam buat demokrasi di Perak. Bukan sahaja tercalar malah baki-baki demokrasi yang masih ada, dipijak-pijak oleh BN untuk menurunkan Speaker dan menggantikannya dengan Speaker pilihan mereka. Kuasa Speaker hilang dan tidak dihormati. Pihak polis berlindung di sebalik lencana keselamatan tetapi terus tergambar sikap condongnya terhadap BN. Ikuti apa yang tercetus dalam Dun sepanjang tempoh "kecoh" terjadi. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang sempat ditemui dua media PAS diwakili, WAN NORDIN WAN YAACOB dan AZAMIN AMIN sementara TVPAS, Shukri Mohammad dan Nazri Abdullah menceritakannya sewaktu di temui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak pada 7 Mei 2009, selepas usai sidang Dun tersebut.
Boleh Dato' Seri ceritakan sedikit berkenaan perjalanan sidang Dun Perak hari ini, yang telah menimbulkan kekecohan dalam dewan?
DATO' SERI MOHAMAD NIZAR: Apa yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat tadi itu, adalah satu perkara yang memberi kesan yang cukup elok kepada rakyat jika dapat lihat peristiwa itu. Pada awalnya, kita wakil-wakil rakyat ini dan isteri sahaja yang dapat masuk. Pemandu saya tidak dapat masuk.
Dan sampai di perbarisan, saya lihat tak penuh wakil rakyat yang hadir. Tuanku pula memeriksa perbarisan dan selepas itu Tuanku ke bilik menanti, sementara wakil rakyat masuk ke dewan sidang itu. Ada beberapa wakil rakyat DAP memang tidak masuk ke perbarisan itu, sebaliknya terus masuk ke dewan.
Ketika itu agak dah penuh. Dan semasa memulakan sidang, Speaker, V Sivakumar memaklumkan pertamanya tujuh wakil rakyat BN yang digantung keluar dewan dan yang lompat (Bebas) itu juga diminta keluar dewan.
Apa yang Speaker lakukan bila mereka enggan keluar dewan?
Speaker telah tegaskan jika tujuh Adun itu tidak keluar dewan, beliau tidak akan mulakan sidang. Masa itu Tuanku tunggu sahaja di luar (bilik menanti) tidak boleh masuk lagi. Kemudiannya BN tutup pembesar suara hingga tidak boleh fungsi. Kami juga tidak boleh bercakap sampai satu setengah jam. Suasana begitu tegang dan ketika itu mereka yang sepatutnya keluar, tak keluar juga.
Sivakumar meminta Bentara mengusir mereka, namun Bentara diam dan tidak mahu bertindak. Selepas dua jam mereka beramai-ramai berkumpul di satu tempat dalam dewan itu. Mereka buat usul tolak Speaker dalam kira-kira jam 11.30 pagi.
Masa itu siapa pun tak dengar dan pada masa itu mereka luluskan usul melucutkan jawatan Sivakumar. Kemudian mereka mengusulkan gantinya iaitu S.Ganeson (wakil MIC yang bukan Adun). Saya dengar dan lihat ketika itu mereka tepuk tangan dengan apa yang diumumkan oleh YB Lee Hui Yee, (Timbalan Speaker yang melompat) bahawa usul Zambry itu diluluskan.
Selepas itu, apa yang terjadi?
Ganeson datang menuju kerusi Speaker. Tetapi ketika itu, kami tidak benarkan Ganeson naik ke kerusi Speaker sebab beliau itu orang asing yang tiada kena mengena dengan Sidang Dun Perak.
Speaker Sivakumar tidak meninggalkan kerusinya. Ini menyebabkan Speaker yang tidak sah, Ganeson dilihat membuat pengumuman bahawa BN menangguh sejam persidangan, tapi mereka pun tak keluar. Ada yang juga pergi makan. Pada jam 1.30 tengahari, saya berbincang dengan Mufti (Dato' Harussani Zakaria) dan sebagainya.
Kami solat Zohor dan selepas itu Speaker buat pengumuman usul itu ditolak, walaupun pembesar suara tak jelas. Tak boleh bersidang 10 orang BN tu keluar, sejam hingga sejam setengah. Setiausaha sidang itu panggil orang luar telefon, kita minta Ganeson keluar tetapi dia tak mahu.
Ketika itu berbalah. Macam-macam berlaku dan kemudian mereka datang dengan anggota samseng. Kita usulkan Ganeson keluar tapi ramai yang datang entah dari mana. Mereka mengelilingi Speaker kita (Sivakumar). Masa itu, mereka tak kisah apa. Kami juga tak takut dengan mereka.
Mereka kata mereka dari Bukit Aman. Kami minta Speaker arah mereka keluar dan ketika itu datang pula polis tergesa-gesa dan menangkap Speaker (Sivakumar). Polis yang tak pakai uniform membawa Sivakumar keluar dewan. Mereka nak meletakkan Ganeson di kerusi Sivakumar dan di situ kami tahan. Maka berlaku pergelutan. Bila Speaker nak umum kita bising. Kemudian Setiausaha sidang minta pada kami jaminan bagi sampai petang. Tak pun balik-balik lagi. Mereka kata jika Pakatan Rakyat bertenang, mereka kata nak bagi Speaker masuk.
Apa sikap Dato' Seri waktu tegang macam itu?
Saya tak bagi jaminan dan saya tidak percaya. Apabila Speaker naik atas dia mengelilingi dan mengepung Speaker. Mereka ini katanya dari Bukit Aman, yang kawal ini anggota polis. Ganeson cuba cakap dan pihak teknikal membuka mikrofon yang dikhaskan untuk Ganeson.
Kita rampas mikrofon dan berlakulah bergelutan yang menyebabkan pasu bunga berterabur. Ketika itu Ganeson mahu bercakap tetapi ramai yang datang menghalang. Mereka mahu sekat tetapi katanya Tuanku mahu berucap.
Pada masa yang sama, dalam kekalutan itu, Setiausaha sidang mengumumkan Tuanku nak masuk dewan dan kelihatan wakil rakyat BN duduk di tempat masing-masing. Tidak lama selepas itu kami bincang bagaimana posisi kita (Pakatan Rakyat). Mereka (BN) seolah-olah mahu mempergunakan Tuanku untuk hal ini. Kami tak hormat jika Tuanku dimainkan.
Bila Tuanku masuk saya tengok Adun BN pun duduk. Kemasukan Tuanku diumumkan dalam keadaan kami masih berdiri, bila Tuanku duduk sahaja maka Tuanku panggil saya cakap Nizar dan Zambry sila datang...
Saya jumpa dengan Tuanku dan baginda berbisik, mohon minta Nizar bagi tahu Adun-Adun Pakatan Rakyat agar menghormati ucapan pembukaan sidang ini. Tuanku menghormati Pakatan Rakyat dan minta kami ambil tempat.
Apa lagi yang Raja Nazri bisikkan kepada Dato' Seri waktu itu?
Baginda kata beliau tak terlibat dalam politik. Tuanku kata selepas berucap Baginda akan balik. Dalam sekelip mata kami setuju. Saya pun turun bagi sembah dan berucap kepada Adun Pakatan Rakyat, bagi hormati ucapan Tuanku. Saya kata semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi peluang kepada Tuanku berucap.
Saya pun merafak sembah kepada Tuanku dan sambil memaklumkan kejadian yang berlaku bahawa Speaker yang sah (Sivakumar) (telah dikasari dan diusir dengan kasar oleh polis, yang tak pakai uniform. Yang pakai uniform pun ada. Ramai betul polis.
Selepas itu, apa pula yang berlaku?
Bila saya sebut Speaker sah diusir entah ke mana, macam mana mahu meneruskan sidang jika dia (Sivakumar) ditahan. Apabila Tuanku nak berucap, itu saya bangun sekali lagi. Saya sebut dewan ini dicemari oleh polis entah datang dari mana. Waktu itu saya mohon mereka ini keluar. Mereka ini keluar serta merta.
Pasu bunga dah pecah depan itu Tuanku tengok. Tuanku berucap dan dengar. Habis berucap itu bila turun sayalah yang sambut dan iringi Tuanku.
Semasa nak turun Baginda bisik, Nizar 'I want work with you. You have high potential'. Saya iringi Tuanku. Baginda bersalam dengan semua wakil Pakatan Rakyat. Selesai Tuanku salam, baginda pergi saya tak ikut.
Habis itu Baginda pergi dekat Zambry. Saya juga iringi Tuanku keluar dan naik lif dengan dia Dato SS tahan saya. Tak bagi masuk. Tuanku kata biarlah dia masuk. Dia suruh saya masuk. Zambry tak ada lagi masa itu. Kami masuk... Zambry lewat sikit.
Saya cerita tentang cucu dan sebagainya. Sampai ke kereta, saya merafak sembah, dan balik. Saya balik dengan Zambry dan masuk dewan. Selepas itu saya naik dengan Zambry. Saya tengok dia, dia tengok saya. Saya cakap kena bubar Dun. Kalau tak, takkan jadi macam ni.
Menarik tu. Apa reaksi Dato' Zamry?
Dia kata saya yang buat kecoh, sedangkan dia (Zamry) yang rampas kerajaan Pakatan Rakyat. Bila masuk dan Ganeson mengambil tempat dia. Kami meluru ke tempat Speaker minta Ganeson keluar. Saya rampas mikrofon itu. Saya dapat dan sampai Zambry bangun. Saya usulkan tangguh dewan dan kami buat bising. Mikrofon Speaker dah ditutup.
Tapi mikrofon Zambry mereka buka. Dia kata ada usul tertangguh. Speaker pun kata tangguh. Mereka tinggalkan dewan, kita buat keputusan lima minit, panggil semua press dalam dan luar negara.
Setelah habis, kita buat sidang dewan dalam bilik perpustakaan. Kita terangkan apa yang berlaku. Tak ada persidangan sebab jika nak ada, hanya jika 10 Adun itu keluar. Titah yang Tuanku buat itu titah buka dewan. Bukan rasmi sidang.
Maksudnya Raja Nazrin tahu apa yang sedang berlaku sekarang?
Tuanku tahu apa yang berlaku. Saya dah nyatakan pada press dan kata Tuanku ucap terima kasih. Tuanku terima kasih banyak-banyak sebab boleh sampaikan hal itu dan dia boleh kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Saya sebut kepada press (media). Saya akan utus surat kepada Tuanku untuk perkenankan pembubaran ini sebagai jalan penyelesaian. Saya sempat pergi dengan YB Zainuddin. Saya jumpa Mufti dan saya jelaskan kepada mufti apa yang berlaku selama beberapa jam.
Dato'Harussani nampak suasana ini dan saya nyatakan beberapa tindakan mahkamah, kenyataan Tun Mahathir, dan sebagainya. Saya cakap dengan Dato' Harussani agar panjangkan dengan Tuanku Raja Nazrin bahawa Dun tak ada fungsi jika tak bubar dan buat pilihan raya kecil.
Apa pula respons Dato' Mufti terhadap saranan Dato' Seri itu?
Dato' Harussani nampak macam setuju. Seolah-olah beliau nampak setuju. Saya akan hantar secepat mungin surat kepada istana untuk menyuarakan sedikit apa yang berlaku hari ini dan pohon bubarkan Dun.
Akhirnya saya nyatakan bahawa keputusan mahkamah masih belum umum dan tangguh Isnin ini. Satu ciri "haram" Ganeson itu, dia nyatakan tangguh sejam. Dia "haram-haram" pun tangguh sejam. Dia pun tak keluar. Kenapa dia tangguh sejam? Tuanku pun tak masuk juga. Dia tangguh lagi sejam.
Rupanya dia tunggu keputusan mahkamah dari Kuala Lumpur itu. BN ingat keputusan menyebelahi kepada Pakatan Rakyat. Dia tunggu tapi keputusan katanya tak sebelahi mereka (BN). Dia nak nyatakan sidang hari ini tak ada sidang. Saya sudah nyatakan kepada Tuanku, itu kemenangan bagi Pakatan Rakyat. Simpati kita dapat dari semua.
Kami sentiasa interaksi supaya maklumat dapat dikeluarkan. YB Khalil Idham Lim cepat hantar. Pakaran Rakyat dikasari tujuh orang. Ini gangster yang buat. Gambar kami ada. Tuanku bagi kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Saya akan gembelengkan apa yang saya cakap dengan Tuanku itu kepada rakyat.

1 ulasan:
Gunakan Web ini untuk Download Video Youtube
http://www.youtube2u.net/
Catat Ulasan