SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat, yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi dan diangkut keluar oleh tiga anggota polis, kembali muncul sebaik sahaja sesi perasmian Dewan berakhir.
Beliau kelihatan tenang dan senyum ketika memasuki DUN kira-kira jam 4.20 petang. Kemunculan Sivakumar selepas ditahan di sebuah bilik dalam DUN itu, disambut oleh Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.
Ketika ditemui pada sidang media bersama Nizar, Sivakumar berkata, beliau telah dilepaskan selepas ditahan kira-kira sejam oleh polis. Beliau ditahan bagi membolehkan sidang Dun dimulakan, ekora Tuanku Raja Muda Nazrin Shah telah lama menunggu di bilik menanti untuk membuka sidang itu.
Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu. Tidak lama kemudiannya, kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita di dalamnya. Tetapi Sivakumar yang juga ADUN DAP itu tidak kelihatan di dalamnya.
"Saya ditahan polis di sebuah bilik dekat sini hampir sejam. Saya cuma ditahan," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau turut disoal siasat oleh polis, Sivakumar berkata, "tidak!" Pada sidang media itu, Nizar berkata, Pakatan Rakyat masih menganggap Sivakumar sebagai Speaker yang sah, sekalipun BN telah melantik Genasan
yang bukan Adun untuk mengisi kerusi tersebut.
Sivakumar begitu "degil" untuk memberi ruang kepada BN menyingkirkannya. Apapun yang terjadi, beliau tetap duduk di kerusi Speaker. Ini menambahkan kemarahan BN setalah usul untuk menurunkan beliau ditolak. Dato' Zamry Abdul Kadir tiada jalan lain, melainkan menggantikan Speaker baru setalah Sivakumar dengan lantang meminta Menteri Besar dan enam Exco yang digantung agar keluar dewan.
Namun, mereka enggan. Ini menyebabkan Speaker tidak memulakan sidang selagi meraka yang digantung berada dalam dewan. Dewan menjadi kecoh apabila banyak peraturan dilanggar begitu sahaja oleh BN.
Sementara itu, Datuk R Ganesan, Speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan berbuat demikian. Speaker itu menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
Raja Nazrin Shah kemudiannya berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian kelihatan bertitah kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).
Mohd Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing. Raja Nazrin berangkat pulang selepas menyampai titah dan merasmikan sidang DUN dan kelihatan diiringi oleh Mohd Nizar. - foto ehsan Blog Ajijoi

3 ulasan:
Speaker yang merasakan dirinya terlalu berkuasa dan berpengaruh. Tiada langsung menunjukkan rasa hormat kepada sultan dan perlembagaan negeri, sebaliknya, keangkuhan dan keegoanya terserlah di sidang DUN
dengan cara ini shj patut dajar speakar ini ,hanya dia seorang shj mampu haru biru satu sidang DUN .sungguh memalukan !!!
Akhirnya, saya mahu mengajak agar seluruh masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya agar berfikir kembali, apakah yang kita mahu untuk negara ini?
Apakah hidup kita hanya memikirkan soal politik sepanjang masa?
Apakah yang akan terjadi kepada Malaysia dan negeri Perak jika manusia degil dan angkuh seperti Sivakumar itu menjadi MB Perak atau memegang sebuah kementerian? Jika titah sultan Perak sanggup ditentang, apakah manusia jenis ini akan mendengar suara rakyat seperti kita ini? Manusia yang bongkak dan kasar seperti V. Sivakumar ini tidak layak menjadi pemimpin, kerana tiada kesabaran dan tidak upaya mengawal kemarahannya - orang macam ini tidak layak dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin.
Bagi masyarakat Melayu, khususnya PAS, apakah mereka berfikir orang seperti Sivakumar ini akan mendengar nasihat Presiden PAS atau Tuan Guru NIk Aziz? Apakah orang-orang PAS boleh menjamin bahawa Majlis Syura Ulama mereka berupaya mengawal keangkuhan dan kesombongan Sivakumar yang jelas sangat biadab kepada institusi Kesultanan Melayu Perak? Apakah PAS hanya mengajar Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran yang tunggang langgang tajwid dan mahrajnya, tetapi tidak mendidik ahli-ahli DAP bahawa Islam mewajibkan rakyatnya taat kepada pemerintah, khususnya sultan?
tolon jangan hanya buta tuli sokong sivakumar itu kerana mereka DAP mpy agenda ..
Gunakan Web ini untuk Download Video Youtube
http://www.youtube2u.net/
cheap jordans
kyrie 5
michael kors uk
adidas yeezy
yeezy boost 350 v2
adidas nmd
moncler jackets
yeezy 500
hermes handbags
supreme outlet
Catat Ulasan