KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 12, 2009

PAS Batu sifatkan Zamry tidak ikhlas, mahu terus porak-perandakan Perak!

PAS Kawasan Batu kesal dengan tindakan Dato' Zamry Abdul Kadir yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, yang menjatuhkan hukum bahawa Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Perak yang sah.

Menurut Yang Dipertuanya, Haji Ishak Surin, tindakan tersebut mencerminkan tiada keikhlasan BN untuk menyelesaikan kemelut di Perak, malah dilihat seolah-olah mahu terus "memporak-perandakan" Perak dengan mengetepikan suara rakyat yang telah mengangkat Pakatan Rakyat melalui pilihan raya umum yang lalu.

"Nak buat apa buat rayuan. Biarkan sahaja Nizar bertugas dan memohon perkenan kepada istana bubar Dun. Itu lebih baik dan penting untuk rakyat Perak," katanya kepada Sanggahtoksago ketika dihubungi.

Beliau yakin, masalah ini sudah sampai ke penghujung dan BN terpaksa menanggung liabiliti dan impak yang cukup teruk ekoran tindakan mereka merampas kuasa dan lakonan rimba mereka pada Sidang Dun 7 Mei lalu.

Sementara itu, Setiausahanya, Haji Ismail Yahya berkata, BN kini benar-benar terjerat dengan permaianan politik yang dicipta oleh mereka sendiri di Perak. Kini, jelasnya, rakyat makin mual dan muak dengan telatah buruk mereka yang terus-terusan mempermain dan memperbodoh-bodohkan rakyat.

Tegasnya lagi, apa jua keputusan mahkamah terhadap rayuan Zamry itu, tetap tidak akan memihak kepada BN, sebaliknya ia memberi keuntungan politik terhadap Pakatan Rakyat dan ia amat jelas akan menjejaskan peluang BN untuk berkuasa semula di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

"Sebenarnya orang sudah menyampah dengan Umno. Apa yang mereka buat terhadap rakyat Perak dan kerajaan Pakatan, hanya pelangkap kepada penolakan rakyat terhadap Umno/BN," dakwa seorang AJK PAS Kawasan itu, Saripuddin ketika ditemui.

Tegasnya, Teori RAHMAN sudah menggenapkan bahawa "N" itu adalah ajal akhir Najib sebagai seorang PM bagi pihak BN dan Umno. Kebangkitan rakyat hari ini, ujarnya, adalah penjelas kepada teori tersebut yang akan membuktikan Najib adalah pemimpin terakhir Umno yang jadi PM.

1 ulasan:

Abu Razeen 2 berkata...

kalau itu dan kalau ini hanya mainan syaitan.
utk akan datang PR usah lagi underestimate darjah kelicikan dan kerakusan umno.

lain kali usah tangguh2 pujuk dan yakinkan Raja Nazrin utk cepat bubarkan DUN!!!!!!