KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 01, 2009

PAS Batu ucap takziah kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak

PAS Kawasan Batu merakamkan ucapan takziah kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dan seisi keluarga atas kembalinya kerahmatullah wanita pertama negeri itu, Datuk Amar Puan Sri Dr. Laila Taib kira-kira jam 3.45 petang pada Rabu, 29 April 2009.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Tarmizi Mohd Jam, kepimpinan PAS Batu amat berdukacita atas pemergian beliau. Tarmizi mewakili seluruh kepimpinan PAS Kawasan Batu menyampaikan ucap takziah kepada keluarga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang semalam.

Laila Taib telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman rasminya di Demak Jaya Kuching, Sarawak. Beliau berumur 68 telah meninggalkan empat orang anak kesayangannya Jamilah, Mahmud, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah; termasuk 15 orang cucu.

Laila adalah ibu kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abd. Taib telah dipertemukan jodohnya bersama Abdul Taib Mahmud pada 13 Januari 1959, di Adelaide, Australia. Pada masa itu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang mengikuti pengajian undang-undang di negara tersebut. Nama remaja Laila Taib pada masa itu ialah Lejla Chalecki.

Tarmizi mengucapkan takziah kepada YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sekeluarga di atas pemergian Almarhumah isteri kesayangannya itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah!

2 ulasan:

Mohd Jamil berkata...

Tahniah PAS Batu, bertindak melepasi sempadan. Kami sokong setiap yang baik. Teruskan usaha, giatkan program.

Selamat bertugas untuk semua saff kepimpinan PAS Batu yang baru. Takbir!

NBL berkata...

Alahai Taib...