KETUA Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa baru sahaja dibebaskan dari cekupan pihak polis dan tiba di Pejabat Perhubungan Negeri PAS Perak, tidak jauh dari Bangunan Darul Ridzuan.
Mereka baru saja dibebaskan dari tahanan polis bersama-sama 40 orang yang lain, yang ditangkap pagi tadi kononnya untuk mengelakkan dari malapetaka yang tidak diingini. Polis bertindak menangkap siapa sahaja yang memasuki kawasan 500 meter dari Bangunan SUK, yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan.
Menurut Salahudin, mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majisteret pada 4 Jun nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan