KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 07, 2009

Dato' Seri Mohamad Nizar iringi Raja Muda Nazri meninggalkan Sidang Dun


SETELAH menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bertitah dengan menggunakan pembesar suara dan berteriak "beta hendak bersalam dengan semua ADUN". Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat didahului oleh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kemudian diikuti oleh ADUN-ADUN lain termasuk yang akhir sekali, ADUN-ADUN dari Barisan Nasional.

Lapor TBO pada blognya, Raja Nazrin meninggalkan majlis dengan diiringi oleh Dato' Seri Mohamad Nizar. Sementara itu, difahamkan Dato Ngeh Koh Ham dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Pada sebelah pagi tadi, berlaku kekecohan melampau apabila BN menunjukkan "kuasanya" untuk bersidang dan menukarkan Speaker Sivakumar secara tidak sah. Adun-Adun BN itu bukan sahaja tidak menghormati Raja Nazri malah mencabul sekali lagi kuasa Speaker dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: