KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 07, 2009

Akibat kemaruk kuasa, BN rentap Speaker Sivakumar keluar Dun Perak




Beginilah caranya Speaker Perak, V. Sivakumar mempertahankan kedudukannya yang sah daripada dirampas secara paksa oleh orang-orang upahan bn di dalam dewan undangan negeri tadi. Begitu biadab dan tidak bertamadun. Bagaimana jika Speaker Dewan Rakyat diperlakukan sebegini? Masihkah demokrasi hidup di Malaysia?

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi direntap dan angkut keluar dari Dewan oleh anggota polis dengan biadap. Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar juga dari tempat duduknya sehingga beliau terjatuh.

Hal ini kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis. Kerusi yang didudukinya pun juga dibawa keluar. Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.

Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan. Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku. Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.

Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui. Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang. Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah. Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.

Tiada ulasan: