KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 07, 2009

Beri saja buku undang-undang itu kepada beruk di Zoo Taiping! - Zolkharnain Abidin




PENUNGGANG motosikal akan disaman kerana tidak pasang lampu siang hari. Mengikut undang-undang, walau pun hari panas terik, lampu motosikal wajib dipasang. Mengapa wajib pasang? Itu undang-undang. Pakai tali pinggang keledar belakang adalah wajib. Gagal memakainya akan disaman. Mengapa wajib pakai? Itu undang-undang, begitulah komen Ustaz Zolkharnain Abidin pada blognya bilasauhdibongkar.

Tidak boleh berhimpun ramai-ramai. Berhimpun ramai-ramai tanpa permit boleh ditangkap. Mengapa tidak boleh? Itu undang-undang. Pembayar cukai mesti membayar cukai tepat pada masanya. Kalau lewat boleh dikenakan denda termasuk sita. Mengapa mesti bayar cepat? Itu undang-undang.

Letak kereta perlu bayar. Kalau tak bayar pemandunya akan disaman. Mengapa boleh disaman? Itu undang-undang.

Hari ini barulah rakyat boleh memahami makna undang-undang. Undang-undang itu ialah ‘apabila rakyat boleh dijerut leher mereka’. Jerut leher rakyat marhaen dengan undang-undang. Usah fikir undang-undang itu gila atau tidak. Yang penting, buat undang-undang dan carilah alasan untuk undang-undang itu. Untuk keselamatan, misalnya.

Tapi bila yang langgar undang-undang itu adalah orang ‘gila kuasa’, maka buku undang-undang menjadi ‘kertas pembalut belacan’ saja. Peduli apa undang-undang, asalkan aku boleh berkuasa. Peduli apa undang-undang, asalkan hatiku puas.

Kalau begini jadinya, kerajaan BN Perak selepas ini boleh bakar saja semua buku undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Jangan bungkus belacan kerana kalau dibuat bungkus belacan, buku undang-undang itu masih berguna. Bakar terus.

Atau, kalau buku undang-undang itu tidak mahu dibakar, hadiahkan saja kepada beruk di Zoo Taiping supaya buku undang-undang itu boleh dimanfaatkan oleh Hakim Beruk.

Tiada ulasan: