KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 12, 2009

Tengku Razaleigh Hamzah sokong tindakan Nizar mohon perkenan Tuanku Sultan bubar Dun Perak segera


AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin agar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Nurul Ain Mohd Hussain.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelenggu Perak," kata tulisan terbaru dalam blognya semalam.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Ku Li berakta, krisis yang terjadi di Perak telah merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata rakyat.

Februari lalu, ketika berlakunya krisis politik sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu Ku Li turut mengkritik proses pegambilalihan kerajaan Barisan Nasional daripada PR yang disifatkan sebagai tidak mengikut Perlembagaan.

Beliau juga bekas Naib Presiden Umno mencadangkan pilihan raya negeri diadakan bagi mengelakkan rakyat terus menjauhi Umno.

Tambahnya, segala keputusan yang diambil kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan barisan Exco selama kira-kira tiga bulan disifatkan sebagai 'haram dan semua keputusan dibuat tidak mengikut asas perundangan'.

Jelasnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN. Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Shuhaimi Abdul Rahman, menyokong penuh tindakan Nizar untuk mohon perkenan Tuanku Sultan membubarkan Dun sebagai jalan keluar kepada kemelut yang melanda negeri itu.

Katanya kepada Sanggahtoksago sebentar tadi, rayuan yang dibuat Zamry Abdul Kadir adalah usaha nekad BN Perak untuk menghalang Nizar mohon perkenan istana untuk bubar Dun, kerana mereka bimbang, BN bukan sahaja kalah teruk di Perak tetapi tidak mahu keputusan pilihan raya itu nanti akan mempengaruhi dan menghantui seluruh pengundi pada PRU ke 13 nanti.

Pendapat ini turut disokong oleh Ketua Urusan Ulama PAS kawasan itu, Ustaz Azhar Yahya ketika dihubungi.

Katanya, BN bukan sahaja enggan meletakkan calon di Penanti tetapi sanggup membebaskan Adun Kota Alam Shah, Manohanran dari tahanan ISA kerana beliau sudah nekad untuk meletak jawatan dan mahu satu pilihan raya kecil di adakan di Dun Kota Alam Shah.

Bagi Penolong Setiausahanya pula, Ibrahim Awang, kekalutan di Perak menunjukkan realti sebenar Umno dan BN yang kian hilang semnagat dan keyakinan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat. BN bukan sahaja gentar dengan pilihan raya tetapi mereka sedang membilang hari, apakah 63 tahun usia Umno hari ini sudah sarat dengan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut.

Tiada ulasan: