KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi yang memutuskan YAB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai masih Menteri Besar Perak yang sah sepatutnya diterima dengan lapang dada oleh kesemua pihak. Keputusan itu sekali gus dapat menyelesaikan kemelut politik negeri Perak yang berlarutan sejak bulan lalu.
YAB Nizar telah mengumumkan akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat ini untuk menasihatkan Tuanku supaya membubarkan DUN Perak. Saya berharap kali ini Tuanku Sultan akan menghormati pruntukkan dan semangat undang-undang dengan menerima nasihat tersebut dan menitahkan pembubaran DUN Perak dengan segera.
Saya juga berharap Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak akan bersikap profesional dan berhemah dalam menghadapi keputusan Mahkamah ini. YAB sepatutnya menasihatkan Datuk Zambry Abdul Kadir supaya segera menyerahkan semula jawatan MB kepada YAB Dato Seri Nizar dan eloklah beliau mengundurkan diri dari dunia politik.
Adalah jelas tindak tanduk Datuk Zambry sangatlah memalukan UMNO dan BN kerana bertindak diluar batasan undang-undang dan diluar norma-norma politik demokrasi, malahan tindak tanduk Datuk Zambry boleh dikategorikan sebagai "demo-crazy".
Saya berharap dengan penyerahan semula persoalan Kerajaan Negeri kepada rakyat Perak melalui pilihanraya negeri akan mengembalikan semula keluhuran amalan demokrasi dalam negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Didalam amalan demokrasi, rakyatlah penentu kepada kerajaan yang menjadi pilihan mereka. Memperkudakan institusi-institusi kerajaan yang ada untuk terus berkuasa tidak melambangkan kematangan pemikiran bagi BN dan UMNO, apatah lagi UMNO hari ini sedang menyambut ulangtahun ke 63.
Di era globasisasi dan dunia tanpa sempadan, UMNO & BN harus sedar bahawa dunia sudah berubah. Rakyat kini makin matang dalam membuat keputusan dan melaksanakan hak mereka.
Nasihat saya kepada UMNO & BN, hormatilah hak rakyat. Kepada Datuk Zambry, janganlah berlengah lagi, letakkanlah jawatan segera. Ingatlah apa juga tindak-tanduk dan keputusan yang telah beliau dan kerajaan haramnya buat sebulan ini adalah tidak sah dan haram. Termasuk memanggil sidang Dewan yang bersidang Khamis 07 Mei lepas.
Kepada Tuanku Sultan, rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya akan terus menghormati Tuanku dan sistem raja berperlembagaan selagi kesemua pihak menghormati dan bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang dan Perlembagaan.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan