KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 09, 2009

Tragedi Hitam 7 Mei: Tindakan polis disifatkan melampau, cenderung partahankan BN


POLIS disifatkan bertindak secara melampau ketika digunakan oleh BN dalam kejadian beberapa pegawai mengusung Speaker Dun Perak, V.Sivakumar ketika memaksanya keluar daripada dewan, lapor Intan Abdullah.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, apa yang berlaku memberikan implikasi buruk kepada imej negara di mata dunia.

Katanya, kejadian tersebut menunjukkan BN menggunakan polis secara melampau apabila mereka sanggup mengusung Sivakumar yang enggan berganjak daripada kerusi Speaker. Salahuddin yang juga hadir di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan antara mereka yang ditahan polis bersama lebih 60 yang lain.

Ditanya mengenai tujuan kehadiran beliau ke Sidang Dun tersebut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu ia sebagai sokongan moral kepada perjuangan rakyat Perak.

"Saya hadir ke Dun Perak untuk memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Perak untuk mendapatkan mandat berasaskan demokrasi. Tetapi saya ditahan polis kerana mungkin pihak keselamatan berasa tidak senang dengan kehadiran saya di sana," katanya. Beliau dituduh ingkar kepada arahan mahkamah dan dibawa ke Pusat FRU di Sungai Senam bersama tahanan yang lain.

Tiada ulasan: