KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 09, 2009

Tangkapan 7 Mei, gambaran wajah sebenar siapa Najib Tun Razak?


DEWAN Muslimat PAS Pusat menyifatkan sesuatu yang sangat malang dan terkutuk dalam catatan awal perjalanan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 yang melaungkan slogan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan & Pencapaian Diutamakan" tetapi terang-terangan tidak upaya menghalang bahkan barangkali juga menjadi antara 'master mind' dalam insiden cukup dramatik sebalik rampasan kuasa di Perak.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Athirah Al Jundi berkata, Muslimat membantah tindakan penahanan ala mafia yang dilakukan ke atas Mohammad Sabu, Wong Chin Huat dan beberapa aktivis rakyat.

"Adakah ini gambaran sebenar wajah Najib?" soalnya.

Beliau yang dihubungi turut mengutuk, "Insiden Hitam-Pembunuhan Kejam ke atas Demokrasi & Pencabulan Terhadap Keluhuran Perlembagaan" yang dilakukan secara terancang oleh BN sepanjang Sidang DUN Perak.

"Bagi kita, apa yang terjadi itu melengkapi kejahatan, keangkuhan, kebiadaban, kebusukan, ketagihan dan kegilaan kuasa yang membusung di dalam diri setiap individu kepimpinan regim BN yang terlibat hatta seluruh jentera serta institusi persengkongkolan mereka!

"Kita menyelar kedayusan mereka yang tidak berani berdepan dengan rakyat secara "anak jantan" di gelanggang pertaruhan pilihan raya dan tidak berani mengembalikan mandat kepada rakyat Perak untuk sejujurnya menyatakan siapakah yang sebenarnya menjadi kerajaan pilihan Rakyat di Perak," tegasnya.

Insiden terbaru itu katanya suatu yang sangat mengaibkan seluruh rakyat dan negara, hatta pejuang demokrasi dan pejuang kebenaran di seluruh dunia.

"Sebagai rakyat yang berdaulat dan bertamaddun, kita akan merasa cukup terhina bila ada mana-mana pihak yang memperlakukan tindakan biadab ke atas Speaker Dewan yang mulia baik terhadap Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat tidak kira lah dia itu daripada parti atau komponen mana," katanya sambil rakyat sama sekali tidak akan memaafkan mereka yang melampaui batas.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kekecohan didalam dewan tdk akan terjadi sekiranya zambri negro dan 6 orang yang digantung mematuhi arahan speaker yg mengarahkannya utk keluar dewan.Tetapi dengan biadapnya negro ni bertindak menukarkan Sivakumar dgn speaker pilihannya.Tindakan mengheret speaker telah mencetuskan pertikaman lidah diantara kedua dua belah pihak.Tetapi seperti biasalah media pengampu BN dan bloger mrk menuduh pihak PR yang membuat kecoh dan tidak menghormati raja.Kenapa Raja Nazrin dihalang dari memasuki dewan dan memberikan titahnya pada masa yg ditetapkan. kemelut didalam dewan tidak sepatutnya disorok kepada tuanku sultan.Raja yg berjiwa rakyat kalau dimaklumkan keadaan sebenar akan mempertimbangkan keputusan utk membubarkan dun bagi menyerahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yg dikehendaki bukannya mengikut telunjuk umno.

Tanpa Nama berkata...

Zamri kecik mungkin tengah gembira sekarang ni...

satu malaysia telah membawa parti cap kati itu berkubur dalam satu lubang yang dikorek oleh Najib sendiri.


>>>Budak kampung<<<

Tanpa Nama berkata...

Media umno buat fitnah lagi..mereka mendakwa bisikan Raja Nazrin kepada Datuk Seri Nizar dan Datuk Ngeh Ko Ham dapat didengar diseluruh dewan yang mana mendakwa mereka di 'sound'.Cuba tengok berapa jauh mulut Tuanku dengan microfon.Kalau dah dapat didengar keseluruh dewan itu bukan berbisik namanya,itu dah dikira melaung.Selepas berucap,semasa mengiringi Tuanku keluar,Nizar dalam temuramahnya berkata,Tuanku telah menyatakan kepadanya 'i want work with you.You have high potential'.