SPEAKER Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang sah, V. Sivakumar, bertindak membuat aduan polis berhubung kekecohan dan pencerobohan polis di persidangan Dun Perak, 8 Mei lalu.
Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira 11.30 pagi, dengan diiringi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, sejurus selepas sidang media di Pejabat DAP Perak.
Dalam aduannya, Sivakumar berkata sepuluh Adun, termasuk Menteri Besar BN, Dato' Seri Zambry Abd Khadir dan enam exconya mengingkari arahannya yang melarang mereka memasuki dewan.
"Saya juga mengumumkan selagi mereka tidak meninggalkan dewan, sidang dewan tidak akan bermula. Bagaimanapun, mereka mengingkari arahan saya sebagai speaker. Malahan mereka membuat kecoh di dalam dewan dengan cuba mengemukakan usul walaupun sidang dewan belum bermula lagi," kata beliau.
Tindakan sekumpulan polis dan beberapa lelaki yang disyaki sebagai samseng luar tanpa pas memasuki dewan tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau turut dinyatakan dalam laporan polis tersebut.
"Walaupun saya telah cuba sedaya upaya memberi amaran (supaya) jangan menghalang saya menjalankan tugas, sekumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher saya dan mengheret badan saya ke atas lantai.
"Dan saya dibawa keluar (dari) dewan negeri dengan penuh kekerasan," katanya dalam laporan itu.
Kekecohan itu juga, tambah Sivakumar, menyebabkan beberapa Adun Pakatan Rakyat, antaranya Adun Pinji, Thomas Su, Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) dan Chang Lih Kang (Teja)mengalami kecederaan.
Selain itu, Adun Jelapang, Hee Yit Fong juga didakwa menyembur bahan pemedih mata terhadap Adun Aulong, Yaw Tian Woh.
"Berdasarkan kepada fakta di atas, saya mendapati mereka yang terlibat dalam kejadian di atas telah melanggar Seksyen 124 dan 323 Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.
"Dan dengan ini saya datang meminta pihak polis mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan," adunya lagi kepada polis.
Sementara itu, Misbahul Munir Masduki, berkata beberapa Adun yang lain turut membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan sekumpulan lelaki tersebut.
Katanya, mereka mendakwa dan mengesyaki lelaki-lelaki itu ialah anggota polis yang dipergunakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik mereka. Tambahnya, seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat juga membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan ke atasnya di luar bangunan Perak Darul Ridzuan. Lelaki tersebut dikasari dan diseret sehingga berlaku kecederaan yang serius.
Antara Adun yang turut serta ialah Dato' Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Khalil Idham Lim yang diiringi para penyokong dan wartawan.

5 ulasan:
Kesian kan kat KPN dan anak buahnya yg asyik layan saman-saman mcm ni..byk lagi hal lain mereka kena jaga juga..
buat apa la buat repot..polis tu jugak yg angkat si siva tu..semua nye kuli najib
Siapa zambri utk mengarahkan speaker dipecat.?Satu pencabulan undang2 yang melampau.Siapa yang mengarahkan polis untuk masuk kedewan dan mengheret seorang speaker yang mulia didalam sesuatu dewan seperti anjing.Speaker didlm rakyat adalah sama tarafnya dgn speaker DUN.Musa hasan pernah berkata yg polis tiada kuasa utk berada dikawasan dewan rakyat semasa pertelingkahan antara Karpal Singh dgn pemuda umno.Demi mendapatkan kuasa UMNO telah memperkudakan polis polis dan menggunakan Raja Raja Melayu.Kebencian rakyat semakin meningkat dan umno akan diberikan pengajaran yg setimpal nanti..Rakyat tidak lupa..

Arahan Hishamuddin dogol sebab nak selamatkan abang pupu dia...
>>>Budak Kampung<<<
Catat Ulasan