TAHUN depan genap 20 tahun pentadbiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan. Pentadbiran PAS di negeri membuktikan produk kepimpinan ulamak diterima oleh rakyat untuk satu tempoh yang panjang. Untuk mengupas lebih lanjut, ikuti temubual wartawan IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.
Sejauhmana seseorang ulamak itu berperanan dalam mencorakkan politik tanahair?
DATO' MOHD AMAR: Peranan ulamak sebenarnya sudah lama dalam masyarakat. Kalau kita tengok di Malaysia ini pun, sebelum merdeka, ulamak yang memainkan peranan meniupkan api perjuangan menentang penjajah.
kalau kita lihat sejarah, memang kita akan lihat peranan ulamak dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Mereka kelompok yang dari awal sedar kesan atau akibat yang bakal ditanggung jika negara terus dijajah.
Selepas merdeka juga ulamak memainkan peranan dalam memberikan pandangan dalam mengisi kemerdekaan. Bila negara merdeka, ulamak tidak hanay berdiam diri sebaliknya mereka berusaha pula mendidik atau membentuk masyarakat yang sudah merdeka supaya tidak terus terbawa-bawa dengan ketakutan yang mana selama ini menyelubungi masyarakat. Cuma yang sedihnya selepas merdeka pandangan ulamak tidak atau lebih tepat saya katakan kurang diberi perhatian.
Ulamak sering dilabelkan sebagai lembap dalam membuat sesuatu keputusan. Pada Dato' apa yang diperlukan untuk memperkasakan lagi kepimpinan ulamak pada masa akan datang?
Ulamak ini bukan lembap cuma mereka berhati-hati. Apa-apa keputusan atau tindakan yang mereka akan buat akan diambil kira dari pelbagai sudut. Ulamak tidak akan membuat keputusan terburu-buru kerana setiap keputusan atau tindakan yang mereka buat itu akan memberi kesan tidak kira jangka pendek atau jangka panjang.
Oleh kerana sifat berhati-hati ini maka ada keputusan yang lambat dibuat dan timbul tuduhan bahawa ulamak ini lembap. Ulamak perlu ikut kaedah-kaedah Islam. Mereka perlu berhati-hati bukan lembap. Setiap keputusan yang dibuat ada risiko dan kerana itu perlu berhati-hati.
Untuk memperkasakan ulamak ada beberapa aspek. Ulamak perlu memantapkan dari segi keilmuan. Hari ini kita lihat mudah sangat seseorang itu diberikan gelaran ulamak.
Pada saya itu salah. Seseorang ulamak itu mendapat gelarannya kerana ketinggian ilmunya. Ilmu yang dituntut bertahun-tahun bukan baru belajar setahun dua atau mentang-mentang lulus dari universiti tertentu kita sudah nak bagi gelaran ulamak.
Tapi, banyak yang mendapat gelaran ulamak, cara macam itu?
Yang itu perlu kita perbetulkan. Jangan mudah nak bagi gelaran ulamak kepada seseorang. Biar dia betul-ebtul mantap ilmu agamanya. Ulamak perlu memahami realiti semasa. Kalau dia tak faham realiti semasa sukar untuk mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Umpana seorang doktor, kalau dia tak tahu apa ubat nak bagi kepada pesakit rasanya tak layak lah dia bergelar doktor. Dalam hal ini, seorang ulamak perlu faham realiti semasa, kalau dia terlibat dalam politik, dia kena faham keadaan atau realiti politik semasa supaya mereka ini dapat mentadbir dengan baik.
Seorang ulamak juga perlu mempunyai pandangan yang jauh. Dalam membuat apa-apa keputusan, seorang ulamak itu perlu mempunyai pandangan yang jauh supaya apa yang diputuskan itu membawa makna. Kalau dalam politik, bacaan politiknya hendaklah jauh ke depan berbanding orang lain.
Tahun depan genap 20 tahun pentadbiran PAS di Kelantan. Pentadbiran di bawah Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz merupakan produk kepimpinan ulamak yang menjadi contoh dan bukti bahawa seorang ulamak mampu mentadbir dengan baik. Dalam hal ini apa komen Dato'?
Kejayaan Tuan Guru Nik Aziz membuktikan kepimpinan ulamak mampu mentadbir dengan baik. Selama hampir 20 tahun ia berjaya menangkis tanggapan yang mengatakan seorang ulamak itu tidak sesuai, tidak relevan malah tidak layak untuk mentadbir negara atau negeri.
Kalau kita tengok, betul Tuan Guru Nik Aziz cuma tadbir negeri tapi cuba beri kepada ulamak untuk tadbir negara... Saya yakin ulamak mampu mentadbir negara dengan baik, malah tidak mustahil jauh lebih baik berbanding yang bukan ulamak.
Kalau Tuan Guru Nik Aziz boleh tadbir Kelantan dengan baik, saya rasa kalau Malaysia pun beliau mampu. Bukan hanya beliau malah kepimpinan ulamak yang lain juga mampu.
Pada pandangan saya, Malaysia dan Kelantan tidak jauh bezanya. Kalau dari segi ekonomi tentunya akan ada pembantu. Kalau negeri kita panggil exco, kalau negara kita panggil menteri. Kepimpinan ulamak sudah membuktikan terutama di Kelantan banyak membuka wawasan baru. Ini lah kehebatan kepimpinan ulamak.
Umno dibawah Dato' Seri Najib Tun Razak sedang melakukan transformasi walhal pentadbiran PAS sudah lama melakukannya. Sejauh mana Dato' melihat transformasi Umno ini akan mampu tarik perhatian rakyat?
Ya. Kelantan memang mendahului dari segi transformasi. Tapi kalau kita nak nilai pentadbiran Najib pun terlalu awal. Kita perlu berlaku adil kepada Najib dan memberi masa kepada beliau sekurang-kurang 100 hari.
Cuma seperti yang sebelumnya, Umno itu dipertikaikan dari segi ketelusan dan integriti. Jadi apa pembaharuan yang nak dibawa. Umno sering dikaitkan dengan rasuah dan politik wang jadi kalau perkara ini pun tak selesai macam mana nak buat transformasi. Itu yang kita dan rakyat ragui.
Pada pendapat Dato', apa perbezaan antara kepimpinan ulamak dan kepimpinan Islam?
Ia cuma beza dari segi istilah. Pada saya kepimpinan Islam itu adalah kepimpinan ulamak. Kalau kita rujuk pada sejarah, seorang khalifah itu adalah mereka yang menguasai ilmu iaitu ulamak. Jadi kepimpinan ulamak dan kepimpinan Islam itu sama, cuma dibezakan dari segi istilah sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan