PARTAI Sosialis Malaysia (PSM) berjaya mengekalkan lambang 'genggaman tangan' sebelah kiri yang menjadi simbol rasmi parti tersebut, setelah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meluluskan penggunaan logo itu.
Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim mengesahkan perkara itu melalui sepucuk surat surat bertarikh 20 April 2009 yang ditujukan kepada PSM.
"PSM mengalu-alukan keputusan ini. PSM berpendirian bahawa perjuangannya yang berterusan dan berani selama sebelas tahun merupakan inti kejayaan PSM mendapat pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), KDN dan SPR. Walaupun kebebasan untuk menubuhkan parti politik adalah hak yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara.
"Keputusan ini juga memberi implikasi PSM boleh menggunakan simbol ini dalam pilihan raya umum serta pilihan raya kecil pada masa akan datang. Dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini, PSM telah menggunakan simbol parti pembangkang seperti DAP pada 1999 dan KeADILan pada 2004 dan 2008," katanya dalam sidang media di Pejabat PSM, Brickfileds.
Turut serta dalam sidang akhbar tersebut Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan, Timbalan Pengerusi, M. Sarasvathy dan Ahli Jawatankuasa PSM, V.Selvam.
Setelah 10 tahun berjuang untuk mendapatkan pendaftaran bagi parti tersebut termasuk membawa kes itu ke mahkamah, PSM telah mendapat pendaftaran di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 19 Ogos 2008.
Pada 13 Februari lalu, PSM mendapat maklum balas daripada pihak SPR bahawa dalam mesyuarat SPR pada 14 Oktober 2008, badan tersebut telah membuat keputusan supaya mendapat penjelasan lanjut daripada Pendaftar Pertubuhan berhubung simbol PSM.
"SPR berpandangan logo parti kami ini kurang sesuai daripada prinsip moral kerana dikatakan simbolnya bercorak kekerasan. SPR mengatakan pihaknya mempunyai kuasa untuk menolak pendaftaran simbol parti politik mengikut peruntukan Seksyen 16(1) (bb) Akta Pilihanraya 1958.
"Tindakan SPR itu menyebabkan kami menghantar memorandum kepada SPR pada 19 Mac lalu kerana tidak berpuas hati dengan sikap SPR yang telah melengah-lengahkan pendaftaran simbol PSM," tegasnya.
Mohd Nasir yang juga Adun Kota Damansara menegaskan SPR memberi alasan yang tidak kukuh untuk mempertimbangkan pendaftaran logo PSM itu. Sehubungan itu katanya,tindakan tersebut secara tidak langsung menyekat hak demokrasi untuk PSM bertanding dalam pilihan raya dan terlibat secara langsung dalam pilihan raya.
Sementara itu, M. Sarasvathy menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa lambang yang digunakan PSM sebelum ini secara tidak sah.
"SPR meluluskan penggunaan logo yang telah digunakan PSM sebelum ini. Dan ini bukan bermakna sebelum ini kami menggunakan logo tersebut secara tidak sah,"tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan