KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 11, 2009

DAP ulangi desakan bubar DUN Perak sekalipun Nizar sudah berkuasa semula

DAP hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan segera dan pilihanraya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, kehormatan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.

"Keputusan Mahkamah Tinggi yang cukup penting hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah negeri Perak, lapor Bernama.

Adalah satu kemenangan rakyat negeri Perak, demokrasi dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan bahawa Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Tiada ulasan: