KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 08, 2009

Makin dekat! Umno juga bakal diusung keluar dari Dun Perak seperti Sivakumar diangkut keluar! - Abdul Rahman Hashim




SAYA terperanjat dengan insiden kebudak-budakan yang disandiwarakan oleh juragan-juragan UMNO di DUN Perak semalam, sehingga mereka tidak sedar pementasan ALA KUDETA ini sebenarnya bakal menjerat leher UMNO yang semakin alergik dari kaca mata rakyat terbanyak di negeri Datuk Maharaja Lela ini, tulis Exco Umno Bahagian Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim pada blognya locengwangsa.

Ingatlah, majoriti rakyat di negeri 'Tok Sagor' ini sudah pun membuat keputusan menolak UMNO/BN semasa diadakan PRU12 yang lalu, sehingga saya tak percaya benarkah negeri kelahiran saya (Perak) sudah jatuh ke tangan pembangkang pada masa itu?

Bukan itu sahaja, saya juga menjadi kalimayo setelah UMNO mendabik dada berkuasa semula di negeri ini, tetapi tidak mampu hendak menyekat penolakan rakyat terbanyak terhadap UMNO/BN dalam pilihan aya kecil di Parlimen Bukit Gantang tempoh hari. Apa jua hujah yang dialaskan oleh Zambry tentang kekalahan partinya di Bukit Gantang, jelas menampakkan tanda aras majaroti rakyat negeri Perak telah menolak kepimpinannya.

Melihatkan keadaan tegang yang berlaku di DUN Perak semalam, saya menjadi semakin tidak percaya benarkah UMNO sudah menjadi desperado sehingga sanggup mengenepikan keluhuran undang-undang yang dijunjung demi untuk merampas kuasa untuk menjadi 'penguasa' yang dibenci rakyat?

Tahukah betapa tindakan yang tidak bersopan ini bukanlah satu teladan yang baik yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN, sebaliknya tindakan mengusung speaker Sivakumar keluar dari dewan bakal mengundang kebencian rakyat yang akan menghukum kita (UMNO) dalam PRU13 nanti?

UMNO berjenama 786 di Perak ini berada dalam tanda aras bahaya sekarang ini. Kuasa yang dirampas tidak sekuat mana pun, bila-bila masa kuasa kudeta ini akan diruntuhkan akibat tindakan yang tidak strategik yang dilakukan oleh pemguasa-penguasa yang rakus ini. Dr. Mahathir sendiri konsisten dengan pendapatnya betapa UMNO tidak cermat dan terlalu gopoh untuk mengembalikan kuasa di negeri yang telah menolak UMNO/BN ini.

Golongan muda yang kini bakal mendominasi peti-peti undi sedang asyik memerhati gelagat UMNO ini, dan tentunya mereka semakin pelik untuk mempercayai kewajaran 'parti tertua' ini bertindak ala membabi buta yang bakal menjahanamkan diri.

Saya terasa malu kerana ketegangan politik di negeri Perak ini telah tercetus akibat kegelojohan penactur-pencatur UMNO negeri ini yang dilihat tidak cermat mengendalikan isu sehingga kita ditertawakan, kerana hanya Perak sahaja yang mempunyai dua MB, dua speaker dan dua set barisan exco negerinya. Inilah akibatnya orang yang gila talak sedang memegang kuasa yang bakal dihina oleh rakyatnya sendiri....

4 ulasan:

Unknown berkata...

Mengapa begini caranya perlakuan mereka orang2 BN ni yang the so-called golongan yang faham TER amat kepada rukun negara itu??

Saya tidak emosi orangnya bila berhadapan dengan isu politik atau apa2 kejadian politik. Tetapi, kejadian di DUN Perak ini berjaya menitiskan airmata saya. Kerana negara kita yang dikenali seantero dunia ini sebagai negara yang utuh sistem kerajaan dan dokumen perundangannya telah menjadi sejarah hari ini apabila satu cabang sistem demokrasinya dicemar dan dihina kemuliaannya sedemikian rupa.

Bagaimana mungkin menjadi sah sidang DUN hari ini pabila perasmiannya pun belum dibuat tapi semua usul oleh pihak BN sudah dilaksanakan.

Begitu sekali BN Perak menghina kedaulatan perundangan dan kesultanan Perak, dengan melakukan sedemikian rupa perlakuan pengambilan-alih speaker dewan.

Oh! begini rupanya cara menukar speaker dewan!

Tanpa Nama berkata...

haha..siapa yg tak hormat siapa skrg ni??
pemimpin pakatan rakyat..sila cermin diri anda!

kak anon berkata...

apa nak cermin lagi? dah terang lagi bersuluh?
dah jelas depan mata semuanya... tgk sendiri di saluran media yg neutral kalau rasa 'bias'.
semua saluran TV mungkin tak siarkan babak kejadian sepatutnya kerana disunting bagi melihatkan ia seolah slot drama yang biasa dipertontonkan.

AnTi AljUbuRi berkata...

Forum Gerak Reformasi
http://disc.yourwebapps.com/discussion.cgi?id=29561;article=720277

Anonymous
Alahai KJ
Fri May 8, 2009 6:27pm
60.48.181.58

undang-undang rimba? setahu aku undang-undang rimba siapa yang kuat dia berkuasa! puak mana yang mendapatkan kuasa secara paksa dalam DUN Perak semalam? hahaha, nak tipu aku yang cacat penglihatan!

power tak ulasan aku ini:

Kamaruddin Erdogan Jaafar
Amin
Fri May 8, 2009 8:46pm
115.132.57.33

Nampaknya kau bukan sahaja cacat penglihatan. Jelas bahawa kau juga cacat akal. Mungkin kerana kau tak belajar Mathematics dalam bahasa Inggeris.

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 7, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!