NAIB Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam.Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlem
Demikian dimaklumkan Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Katanya, program anjuran PAS Bukit Bintang ini bertujuan untuk menjelas atau mendebatkan kemelut yang melanda Perak sejak empat bulan lalu dan ia termasuk isu terkini, sidang Dun 7 Mei yang mungkin akan mencacat sejarah dalam demokrasi tanah air disamping pelbagai saman yang masih terlekat di mahkamah.
Beliau menyeru orang ramai hadir bagi mengikuti program yang julung kali diadakan di Markaz PAS Taman Melewar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan