KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 11, 2009

Nizar dijangka akan mengadap Tuanku Sultan Perak pada bila-bila masa dari sekarang!

DATO' Seri Hj Nizar Jamaluddin akan mohon mengadap Tuanku Sultan Perak secepat mungkin bagi menyembah maklum keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki.

Selain itu, katanya, permohonan perkenan bubar DUN juga akan dipohon oleh Dato' Seri Hj Nizar. Tuanku tidak ada pilihan melainkan membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Keputusan mahkamah hari ini juga pembuka jalan ke arah penyelesaian kemelut ini. Insya Allah.

Sebelum ini, sewaktu tercetusnya krisis, Nizar serta para pembantunya termasuk anggota Exco kerajaan negeri dihalau oleh Dato' SUK, Abdul Rahman Hashim dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Misbah dalam satu kenyataan memberitahu, "Insyaalah, kami akan datang semula ke sini (Bangunan SUK)". Kini, kenyataan itu terungkap megah dan menjadi kenyataan atas kebesaran Allah SWT.

Malah, Nizar juga pernah memberitahu media bahawa BN akan menerima padah dan kecundang ditangan Dato' SUK Abdul Rahman Hashim pada masa akan datang. Ini kerana, pada Nizar, beliaulah orang yang bertanggungjawab terhadap kecamukan politik Perak bersama Penasihat Undang-Undang Negeri.

Semuanya kini, menjadi kenyataan. Dan paling penting, Tuanku Sultan berkenan membubarkan Dun dan pilihan raya umum peringkat negeri diadakan segera.

Tiada ulasan: