KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 11, 2009

Nizar Jamaluddin menjadi hadiah "istimewa" kepada Zamry sempena 63 tahun Umno hari ini!



KEMELUT Negeri Perak yang berpanjangan sejak 6 Februari lalu yang menyaksikan negeri ini mempunyai dua Menteri Besar, kini telah berakhir apabila mahkamah tinggi memutuskan bahawa Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin adalah MENTERI BESAR yang sah, tulis Abdul Rahman Hashim pada blognya locengwangsa.

Ini bermakna semua barisan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dikudetakan oleh UMNO/BN sebelum ini turut TIDAK SAH, sebaliknya kerajaan rampasan Barisan Nasional yang dikepalai oleh Dato' Seri Zambry Abd. Kadir hanya mampu berbulan madu selama 5 bulan sahaja.

Tempoh 5 bulan ini juga memberikan petunjuk bahawa Zambry adalah satu-satunya Menteri Besar di negara ini yang telah mencatat rekod terpendek di persada takhta kerajaan kudetanya. Zambry mungkin terkilan kerana tidak berkesampaian untuk mengkalungkan hadiah kepada UMNO yang sedang merayakan hari penubuhannya yang ke-63 hari ini.

Saya berpendapat keputusan mahkamah tinggi boleh membuka jalan untuk menyelesaikan krisis politik Perak. Sekiranya Mohammad Nizar masih mempunyai sokongan yang mencukupi, beliau boleh meneruskan tugasnya sebagai MB Perak.

Akan tetapi, sekiranya beliau tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, beliau boleh memohon perkenan Baginda Sultan untuk membubarkan DUN supaya satu pilihan raya baru diadakan. Dengan itu, kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat yang memutuskan siapakah yang mereka mahu memerintah Perak selepas ini.

Apa pun saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE-63" kepada UMNO yang merayakannya hari ini (11 Mei 2009). Jangan lupa bahawa parti ini telah banyak menaburkan jasa baktinya kepada negara ini sejak dahulu lagi. Cuma sejak akhir-akhir ini kelihatan UMNO sudah mula dilupakan oleh rakyat terbanyak.

1 ulasan:

Jebat Derhaka berkata...

Sudah sampai masanya semua bermuhasabah menyelesaikan kemelut di Perak. Jangan sampai menang sorak tapi kampung tergadai!