KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Calon muda PAS lawan calon 'recycle' BN - Dr Dzulkifli Ahmad

TELOK KEMANG: Pengarah Operasi Jentera PAS Pusat bagi Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon muda yang boleh memberi khidmat yang baik kepada pengundi di Bagan Pinang.

Berbanding calon BN, Tan Sri Isa Samad yang disifatkan sebagai calon 'recycle' yang dilingkari dengan isu kegagalan urus tadbir kerajaan Negeri Sembilan dan rasuah dalam Umno, Zulkifly jauh lebih baik dan berkeupayaan memimpin, ujar beliau.

Dr Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui di Markas Utama Operasi PAS bagi Pilihan Raya Dun Bagan Pinang dekat sini.

Katanya lagi, PAS menawarkan calon muda yang berwibawa, bersih, profesional dan berintegriti bagi mewakili pengundi di Bagan Pinang.

Bercakap mengenai peluang PAS menang di kawasan kubu kuat Umno ini, Dzulkefly menyatakan beliau optimis dengan kekuatan calon yang ditampilkan.

Selain itu, faktor Isa selaku bekas Menteri Besar yang sarat dengan masalah korupsi dan gagal dalam mentadbir negeri boleh memberi kelebihan, katanya penuh yakin.

PAS dijnagka akan menjalankan kempen dengan menggabungkan isu tempatan seperti isu saliran, isu nelayan, jalan raya, pusat peranginan yang bukan untuk penduduk awam, penjualan tanah oleh bekas Isa sendiri, kegagalan janji BN di Bagan Pinang dan isu nasional yang membungkam BN mutakhir ini.

Tiada ulasan: