KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Pakatan Rakyat mesti bebaskan cengkaman BN - PJ Perak

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan rakyat bagi meleraikan rantai yang mencengkam rakyat sejak lebih 52 tahun lalu dibawah BN, lapor Mohd Hafez Sabri.

Katanya, ini kerana Pakatan Rakyat membawa suara rakyat dalam memastikan rakyat Malaysia dapat mengecapi kebahagiaan sebagai rakyat bebas dari segala kezaliman dan penipuan pemerintahan

Jelas beliau lagi, gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah perjuangan untuk membela rakyat dari diancam segala kezaliman BN selama ini.

PAS, PKR dan DAP, tegasnya mempunyai matlamat yang sama iaitu menumbangkan kezaliman BN yang sememangnya tidak mampu lagi mentadbir negara ini dengan baik.

Ustaz Abu Bakar mendakwa, sepanjang Malaysia di bawah BN/Perikatan, berjuta billion wang rakyat dan harta negara terlepas atau sengaja dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing.

"Pemimpin Umno dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini," jelas beliau.

Pemimpin Umno katanya, rata-rata tidak berwibawa, tiada integriti, tiada moral dan tidak keikhlasan, sebaliknya mereka sudah terpalit dengan rasuah, pecah amanah, salahlaku seks, moral dan berbagai lagi.

Ustaz Abu Bakar menyeru seluruh rakyat Perak, agar bersama-sama Pakatan Rakyat memastikan kemenangan berpihak kepada rakyat sekaligus menumbangkan kezaliman BN yang sudah lama bertapak selama ini.

Tiada ulasan: