KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Undi pos alat kekang kemenangan PAS - Ghazali Mayudin

KUALA LUMPUR: Peluang PAS merampas kerusi Dun Bagan Pinang dilihat agak tipis memandangkan jumlah undi pos yang tinggi di kawasan berkenaan, selain calon BN yang begitu popular.

Penganalisis politik, Ghazali Mahyudin berkata, undi pos yang terdapat di Bagan Pinang merupakan jumlah tertinggi di Malaysia, yang jelas mempengaruhi keputusan pilihan raya itu.

Ini kerana, tambah beliau, masih terdapat segelintir anggota tentera yang beranggapan setia kepada kerajaan merupakan tanda taat setia mereka kepada negara, hingga menyebabkan mereka tidak berani memangkah selain BN.

"Sebagai tentera, mereka cukup taatkan negara. Mereka masih difahamkan apabila taat kepada kerajaan, maka taatlah mereka kepada negara. Sedangkan ia satu perkara yang berbeza," tegas beliau ketika dihubungi Harakah.

Bekas Pensyarah Sains Politik UKM itu berkata, biarpun ia merupakan satu perkara yang berbeza, masih ramai di kalangan anggota tentera yang terkeliru memandangkan sudah begitu lama tertanam di minda mereka persepsi itu.

Selain faktor tersebut, Ghazali menegaskan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN juga dilihat memberikan pengaruh dan peluang yang lebih cerah kepada BN.

"Biarpun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah disabitkan bersalah kerana mengamalkan politik wang, namun beliau merupakan calon yang sangat popular di kawasan tersebut," tambah beliau.

Justeru, katanya sekiranya PAS berjaya memenangi kerusi Bagan Pinang, ia jelas satu petanda yang amat mengejutkan, dan dalam masa sama amaran jelas rakyat benar-benar menolak BN.

1 ulasan:

surau al-falah pandan jaya berkata...

Jangan dok hirau sangat tentang undi pos kerana selama ini pas tak menang ke